Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga & Terjerumus Ke Dalam Neraka, Ini Ciri-Ciri Wanita Akhir Zaman Yang Dinyatakan Dalam Islam

 

Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasulullah SAW dan umat Islam. Setiap tahun pada tarikh 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia akan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad SAW dari bumi ke langit.

Dengan itu Israk dan Mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, menjelajahi tujuh lapis langit sebelum kembali semula ke Makkah pada malam itu juga.

Banyak pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini. Ketika Rasulullah SAW diangkat dari Baitulmaqdis ke langit dunia, Baginda diperlihatkan pelbagai peristiwa luar biasa terutama az4b dikenakan ke atas golongan wanita, golongan majoriti dalam ner4ka.

Sabda Baginda bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang f4kir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim).

SUAMI LEBIH BERHAK KEATAS ISTERI

Membincangkan pengajaran Israk dan Mikraj dari sudut rumah tangga dan kekeluargaan, Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin mengingatkan mengenai tanggungjawab isteri dalam rumah tangga.

Bagi memberi penjelasan kedudukan suami dan ketaatan seorang isteri, Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Aisyah ra bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?”

Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”.

Kemudian aku bertanya lagi: “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?”.

Baginda menjawab: “Orang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim).

Begitulah tingginya kedudukan suami dalam Islam terhadap isteri. Mungkin ramai pasangan yang melangkah ke alam rumah tangga tidak dididik dengan ilmu yang membimbing pasangan itu ke arah keluarga sejahtera. Justeru itu, ramai tergel1ncir dalam kederh4kaan.

Derhaka bermaksud ingkar suruhan Allah SWT untuk mentaati suami. Dan sesungguhnya kita mengetahui bahaya kehidupan dunia dan akhirat jika ingkar perintah dan suruhan Allah SWT. Ustaz Muhamad seterusnya menyebut banyak sebab mengapa seseorang isteri menjadi derh4ka.

Ada tiga jenis derhaka yang disebutkan iaitu yang pertama, perbuatan tidak mentaati suami atas ukuran Allah SWT walaupun bukan atas ukuran suami.

Ia melakukan kederhakaan atau kemaksiatan kepada suami yang dianggap remeh. Derh4ka seperti ini hanya Allah SWT yang menjatµhkan hukµm ner4ka dan syurga dan suami yang menentukannya.

Walaupun dianggap ringan oleh isteri atau orang lain, namun seperti disebutkan ulama “Orang Mukmin akan sentiasa melihat sesuatu dosa umpama gunung yang akan menghemp4pnya, sedangkan orang yang lalai melihat maksi4t dan d0sa hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidung sahaja.”

Derh4ka yang kedua adalah perbuatan menggugµrkan hak nafkah suami kepada isteri. Keputusan menjatµhkan hak nusyuz ini walau bagaimanapun hanya boleh ditentukan di mahkamah syariah.

Derh4ka yang ketiga adalah derh4ka berganda dan inilah yang Nabi Muhammad SAW maksudkan apabila melihat ramai wanita berada di dalam ner4ka dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Derh4ka berganda bermula daripada derhaka tahap pertama contohnya pertengk4ran suami isteri. Ia menjadi berganda kerana lahirnya fitn4h, rentetan perbalahan antara suami isteri.

Suami isteri akan menceritakan masalah rumah tangga kepada orang lain yang tidak berkepentingan dan layak mendengar.

Ini akan menimbulkan fitn4h akibat cerita tambahan. Dalam Islam, fitnah itu lebih buruk daripada dosa membunuh. Akibat fitnah berlakunya permµsuhan antara ibu dan bapa mentua kerana mendengar cerita anak dan menantu yang bertengk4r tadi.

Hasilnya berlakulah pengambilan hak yang tidak sepatutnya antara anak atau menafikan hak masing-masing seperti nafkah, melawat anak, permusµhan dan banyak lagi mµdarat.

Hakikatnya hanya suami isteri mengetahui kebenarannya tetapi disampaikan kepada orang lain dengan versi masing-masing. Ini dipanggil ‘derh4ka berganda’ kerana dosanya berterusan umpama bola salji yang bergolek kian membesar.

Sesungguhnya berhati-hatilah dalam setiap langkah dan perbuatan hatta terhadap orang yang paling dekat dengan kita iaitu pasangan. Walaupun mereka boleh menjadi jalan membawa ke Syurga, jika tersalah langkah, kesalahan dan kelalaian terhadap pasangan juga boleh menyebabkan ia terjerµmus ke ner4ka.

WAJIB TIMBA ILMU

Justeru, suami wajib menimba ilmu dan memberi didikan ilmu agama kepada isterinya dan memastikan isteri tidak melakukan kemungkaran dan kemaksiatan dalam rumah tangga bagi mengelak ner4ka di akhir4t.

Tegur menegur dalam meniti kehidupan dan selalulah menghadiri majlis ilmu bagi memperbaiki diri. Jika tidak, di dunia lagi neraka itu akan dirasai dengan hilangnya keberkatan dan ketenangan hati dalam ahli keluarga.

Berusahalah mencapai syurga berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Disebutkan wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita salihah iaitu menunaikan solat fardu, puasa Ramadan, menjaga marµah dan mentaati suaminya.”

Dunia semakin menghampiri penghujungnya. Sudah semakin banyak petanda akhir zaman yang muncul termasuk ujian peper4ngan, kurangnya bekalan makanan dan banyak lagi. Disebut pada penghujung akhir zaman, Dajj4l akan muncul di kawasan antara Sy4m dan Ir4q.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa wanita merupakan kaum terbanyak yang akan menjadi pengikut Dajj4l. Dimana pada suatu hari diakhir zaman Dajj4l akan keluar dan berjalan dimuka bumi, lalu mengakui sebagai tuhan. Namun tak semua wanita akan terkena fitnah Dajj4l, tapi ada ciri-ciri tertentu bagi mereka yang terkena fitnah Dajj4l.

Antara lain ciri-ciri wanita akhir zaman yang terkena tipµ daya Dajj4l adalah :

1. TAB4RRUJ DAN SUKA PAMER

Tabarruj adalah perempuan yang suka memamerkan atau melihatkan ‘perhiasaan mereka’. Suka dan terlena dengan dunia dan bersenang-senang karena dorongan hawa nafsµ dunia yang besar. Melupakan dan berpaling dari akhirat.

2. BERPAKAIAN TAPI TEL4NJANG

Iaitu perempuan yang berpakaian ketat, membentuk dan menonjolkan lekuk tubuh, mengenakan bahan pakaian yang tipis dan transparan serta pakaian yang tidak menutup auratnya dengan baik. Sementara perempuan dalam Islam diwajibkan untuk menutup auratnya.

3. KUFUR KEPADA SUAMI

Masih sering mengµmpat dan tidak bersyukur kepada suami atas apa yang telah diberikan. Padahal kewajiban perempuan setelah menikah itu harus taat pada suami, memperlakukan suami dengan baik dan menjaga kehormatan suami.

6. PEREMPUAN YANG MENGABAIKAN FITN4H DAJJ4L

Iaitu perempuan yang tidak takµt dengan kedatangan Dajj4l dan tidak memohon perlindungan kepada Allah SWT dari fitnah Dajj4l. Ia tidak peduli dengan fitnah Dajj4l dan orang seperti inilah yang disukai Dajj4l untuk menjadi pengikutnya.

7. PEREMPUAN YANG MURT4D

Wanita yang memilih untuk keluar dari menganut agama Islam karena berbagai sebab dan faktor maka kelak akan termasuk pada golongan dari pengikut Dajj4l. Jika tidak ingin menjadi bagian dari golongan ini pada akhir zaman maka perkuatlah iman dan memintalah kepada Allah SWT agar terbebas dari fitn4h Dajj4l.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiam4t adalah diangkatnya ilmu, merebaknya kebodohan, merajalelanya perzinahan, merajalelanya khamar (minuman ker4s atau alk0hol), sedikitnya jumlah laki-laki, banyaknya jumlah wanita sehingga lima puluh wanita dipimpin oleh satu orang laki-laki”. (HR. Bukhari)

Dengan begitu, agar muslimah bisa membentengi diri dari fitnah dan tipu daya Dajj4l, maka haruslah terus menuntut ilmu, belajar dan mengamalkan ilmu agama agar tidak mudah terpedaya oleh per4ngkap Dajj4l yang fitn4hnya sudah boleh dirasakan saat ini.

Jadilah muslimah wanita akhir zaman yang terus beramal soleh dan mendekatkan diri dalan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts: